Monday, May 31, 2010

Makna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal Baraya

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Source::

Faizal Blog



Tuesday, May 4, 2010

Akibat Terlalu Dekat

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

Pelanggan ::
"Jika awak bijak , cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini? "

Penjual Telur ::
"Cuba berikan aku bayangannya? "

Pelanggan ::
"Benda ini bentuknya seperti telur, "

Penjual Telur ::
"Lagi? "

Pelanggan ::
"Warnanya seperti telur? "

Penjual Telur ::
"Lagi ? " ....rayu penjual telur tersebut

Pelanggan ::
Sambil menggeleng-gelengkan kepala lantas berkata : "Belum cukup lagi bayangan yag aku berikan ? Baiklah..Jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal"

Penjual Telur ::
Dalam keadaan masih terpinga-pinga.."Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir"

Pelanggan ::
"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning"

Penjual Telur ::
Setelah berfikir panjang , penjual telur menjerit.."Aku tahu..jawapannya ialah sejenis kuih"

Pelanggan ::
Sambil menggeleng-gelengkan kepala lantas membuka genggamannya..."apalagi?..
.Jawapannya...hanya sebiji telur..."

::Pengajaran Cerita::

Manusia sering "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat..


Sumber ::
Artikal - Majalah Solusi Edisi 16

Negara Brunei lebih takut laknat Allah

Semoga di bukakan pintu hati menteri2 di Malaysia utk mencontohi ketegasan Menteri Hal Ehwal Agama Brunei , Haji Md.Zain bin Haji Serudin......