Wednesday, December 15, 2010

Amalan di Bulan Muharam

Alhamdulilah syukur kpd Allah....tahun ni pertama kali dlm hidup aku melaksanakan amalan berpuasa sunat pada 9 & 10 muharaam...sebelum nie buat tak ambik kisah pun dgn kedatangan bulan muharam dan amalan2 yg sunat yg perlu dilakukan dgn ketibaan tahun baru islam ni...

aku rasa bersykur & bertuah dgn adanya akaun facebook...ramai betul yg tolong bagi peringatan & kongsi ilmu di situ...kalo tak baca dr fb 2 hari lepas, mungkin aku tak puasa pun.....aku dapat reminder ni dr fb Ustaz Zahazan & Ustaz Zaharuddin....aku sharekn wall Ustaz2 nie kt bawah ::



Antara yg menarik tentang bulan muharam juga dikupas di website iluvislam..Kat bawah ni info yg aku copy dr website www.iluvislam.com ::

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:

Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'











11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

Rujukan ::
http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/1313-amalan-asyura.html

Tuesday, December 14, 2010

Profesor & Pengayuh Sampan

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.Mereka bersembang.

::Professor::

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

::Pengayuh Sampan::

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

::Professor::

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

::Pengayuh Sampan::

Pemuda mendiamkan diri.

::Professor::

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

::Pengayuh Sampan::

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

::Professor::

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

::Pengayuh Sampan::

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

::Professor::

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

::Pengajaran Disebalik Cerita::

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat. Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.



Sumber :

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1069-pemuda-dan-professor.html

Wednesday, December 8, 2010

Selamat tahun baru 1432H - SMS utk mak & abah

Baru2 nie aku dpat satu sms dr member.......Sahabat aku tu ucap salam maal hijrah & kebaikan utk pembaca sms tu...lepas bca tu aku reply amin ya rabbal alamin kt member aku tu....

pastu aku terpikir balik..biasanya kita slalu hantar kat member2 jer kalo nk wish something...kat mak & ayah jarang kita wat gitu... aku salah sorngnyer...mmg sush ler nk wish2 camnie kt org tua...tp hari tu hati aku tergerak nk wish kat org tua aku...Ingat pesan Ustaz Sabri masa kursus aritu ; kalo terlintas benda2 yg baik, terus buat kerana ianya dr Allah.....

dgn slambernya aku ambik sms yg member aku anta tadi dan oter balik..bnyinyer lebih kurang camnie ::

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sempena awal muharam 1432 yg barakah ni, muliakan & syangi ibu & bapa ku yg sdg mbaca sms ni. Bhagiakan keluarga kami, sihatkan tubuh badannya, bkati rezekinya, smpurnakan imannya, beri kenikmatan ibadah, jauhkn dr fitnah & masukkn mrk k dlm syurgaMU tanpa hisab.. Amin Amin Ya Rabbula'lamin..
aku anta ke henset mak & abah aku..5 minit pastu aku dpat reply dr mak aku..sms tu lebih kurang camnie ::

T.kasih muga tuhan memberkati. doa mak muga afiz skluarga sejahtera dan bahgia dunia dan akhirat. salam kasih buat afiz dan ila.
pastu aku dpat lak reply dr abah aku...sms tu bunyi camnie lak...

Hafiz, message d terima, terima kasih d ucapkan harapan bagitulah hendaknya. inshaallah

Walopun nampak simple jer tapi bagi aku nie adalah hadiah tahun baru yg paling bermakna dlm hidup.....Mak aku sendiri doakan aku & keluarga mendapat kesejahteraan dunia & akhirat...Allahuakbar.......tak terucap dgn kata2 kegembiraan di hati...

Moga2 kalau Allah panjangkan umur aku , 29 tahun akan datang(atau lebih awal) aku dapat wish yg sama dr anak2 aku......... atau sekurang kurangnya doa mereka utk aku tidak putus2 ketika aku di alam kubur....

selamat tahun baru semua sahabat2....semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...

wassalam...

p/s: Tq to En Wazlee 4 the wonderful sms...jazakallah...

Negara Brunei lebih takut laknat Allah

Semoga di bukakan pintu hati menteri2 di Malaysia utk mencontohi ketegasan Menteri Hal Ehwal Agama Brunei , Haji Md.Zain bin Haji Serudin......